blog search google

Isnin, 18 Oktober 2021

kebaikan Air Beras

air rebusan nasi

Kebaikan air Beras (Tanji).

Air beras( Tanji)  sebagai kaedah rawatan diri semasa sakit. Fokus!! Terutama sakit tekak.

Sakit tekak yang terjadi pada golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Rasa sakit ketika menelan dan rasa yang tidak nyaman, terjadi pada penghidap.

Apa itu Air Tanji!! 

Air tanji adalah air yang diambil semasa nasi mendidih

Caranya, pastikan beras telah di basuh dengan bersih. Kemudian jika nasi yang sedang dimasak telah mendidih bolehlah diambil sedikit air didihan tersebut. Setelah itu boleh di campur gula atau garam, itupun kalau tidak mampu untuk menelan tanpa perasa. Kerana air tanji berasa tawar tapi khasiat. InsyaAllah.

Ingat..

Beras itu sahaja banyak khasiat antaranya membekalkan karbohidrat iaitu sumber tenaga kepada tubuh badan kita.